Sunday 28 February 2010

SALAM HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

Posted by fyda at 23:59
Wilayah Persekutuan iaitu gabungan tiga wilayah iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Wilayah Persekutuan pertama ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti dengan Wilayah Persekutuan Labuan dan yang terakhir Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera”. Pemilihan tema ini ialah bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan berterusan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pada tahun ini, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menganjurkan kira-kira 40 pengisian pelbagai program dan acara sambutan telah dirancang sebagai satu inisiatif untuk menceriakan lagi program.Acara perasmian di sambut di wilayah persekutuan Kuala Lumpur pada 1 februari 2010.

 Manakala acara penutupan di wilayah persekutuan pada 28 februari di dataran labuan..Antara artis yang turut memeriahkan ialah Stacy,Vince,Herman Tino dan Abu Bakar Ela.tetamu terhormat yang hadir merasmikan majlis tersebut ialah YB. Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin..



0 comments:

Post a Comment

 

take my hands and be my friends.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare